Assalaamu'alaikum Wr. Wb.
Suatu
hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa
biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.
Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman
gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas
dengan tersenyum.
Biasanya
Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.
Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW
terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau
itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan
terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak heran dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya.”
Begitulah
akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan
pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang
bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.
Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah
SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya
tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia
Rasulullah SAW.
Sumber : http://virouz007.wordpress.com
Semoga bermanfaat!
No comments:
Post a Comment